comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Ustaz mengaku tidak bersalah dua tuduhan amang seksual murid lelaki

IPOH: Seorang ustaz yang juga guru Bahasa Arab mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang muridnya.

Tertuduh, Abdul Halim Ismail, 36 didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu dalam sebuah bilik di Rumah Peranginan Persekutuan, Pulau Pangkor, di antara jam 10 malam hingga 11 malam 28 Jun lalu.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama termasuk seks oral di sebuah bilik di Nipah Bay Villa, Pulau Pangkor, antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam 30 Jun lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama, dibaca bersama Seksyen 27 Akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Seksyen 27 Akta 792 turut memperuntukkan seseorang yang disabitkan bersalah atas mana-mana kesalahan hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis minimum setahun namun tidak melebihi tiga tahun bermula sebaik selepas tempoh hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amira Nabihan Shahrir.

Amira Nabihan pada mulanya memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Tertuduh bagaimanapun merayu jaminan ditawarkan pada kadar minimum dengan meminta mahkamah mengambil kira jumlah pendapatannya RM4,000 sebulan yang turut menanggung biaya bapanya yang sedang sakit di kampung, selain membantu adik-beradiknya yang bekerja kampung.

Pendakwaan kemudiannya meminta mahkamah mengenakan syarat tambahan sekiranya tertuduh dibenarkan diikat jamin iaitu tidak dibenarkan mendekati serta mengganggu mangsa dalam tempoh jaminan sehingga kes selesai.

Hakim, Hilmiah Yusof membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan (RM12,000 untuk dua pertuduhan) dengan seorang penjamin dan dikenakan syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Disember depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini