comscore
Tumpuan :
Nasional

Abang didakwa lakukan amang seksual terhadap adik usia 9 tahun

Seorang lelaki berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap adik perempuan berusia 9 tahun. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki 18 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya yang berusia sembilan tahun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi di rumah mereka di Masai.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat serta hukuman tambahan penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Siti Noraida Sulaiman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Disember depan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini