comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Tipu Skim Penjana, dua individu didenda RM80,000

FOTO: SPRM

KUALA TERENGGANU: Pemilik dan pengurus sebuah kolej kemahiran didenda masing-masing RM50,000 dan RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi program Skim Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman membuat keputusan itu selepas kedua-dua tertuduh iaitu Arrie Syahiman Mohd Zain, 34 tahun, dan Nurul Azwani Mohd Razali, 38 tahun dari Nur Ilahi Skills Resources, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan itu, kedua-duanya didakwa mengemukakan borang pengesahan pekerja palsu bagi menuntut insentif Skim Penjana berjumlah RM5,300.

Perbuatan didakwa dilakukan di Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kuala Terengganu pada 5 Julai 2021.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baki wang sebanyak RM30,949.94 di dalam akaun bank milik  syarikat Nur Ilahi Skills Resources beserta dua unit CPU yang dibeli menggunakan duit hasil tuntutan insentif itu, turut dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 40 (1) Akta SPRM 2009.

Kedua-duanya membayar denda kepada mahkamah  hari ini.

FOTO: SPRM

Mereka sebelum ini telah didakwa bersama dengan tiga pertuduhan atas kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berserta tiga  pertuduhan pilihan di bawah Sesyen 471 Kanun Keseksaan, kerana  menuntut insentif  berjumlah RM126,100.00 di bawah program berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini