comscore
Tumpuan :
Nasional

Godam Data PERKESO: Kerajaan perkukuh keselamatan siber negara – PM

Perdana Menteri meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan sedang memperkukuhkan keselamatan siber di negara ini bagi mengelak berlakunya insiden serangan siber, seperti terjadi kepada laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang digodam sejak Sabtu lepas.

Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan untuk mengekang serangan siber.

“Kita sekarang memperkukuhkan cyber security dan ada juga keputusan MKN dan MCMC, untuk menjalin kerjasama dengan syarikat yang mempunyai keupayaan mengekang serangan siber,” katanya kepada pemberita selepas melawat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilapor berkata CyberSecurity Malaysia (CSM), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan laman pangkalan data PERKESO digodam.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini