comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar tingkatan 4 ditemukan lemas ketika mandi di pantai

Pasukan bomba membawa naik mayat mangsa ke pantai selepas ditemukan lemas. – FOTO: Ihsan bomba

MELAKA: Seorang pelajar tingkatan empat ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Mutiara Kem Terendak, Sungai Udang, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 6.30 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Mangsa ditemui kira-kira 50 meter daripada pantai oleh pasukan skuba komando,” katanya.

Christopher berkata, jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Katanya, mangsa ke pantai itu bersama 13 rakan lain dan dua orang guru.

“Ketika sedang mandi mangsa tiba-tiba terkapai-kapai dan hilang tanpa sempat dibantu guru mahupun pelajar lain,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JBPM Melaka berkata, 22 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu terbabit dalam operasi menyelamat itu.

Loading...
Terkini