comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Warga AS didakwa miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah

Tertuduh, David Matthew Frahm warga Amerika Syarikat (dua dari kanan).- Foto fail

LANGKAWI: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.

Tertuduh David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di dalam komputer riba di sebuah kediaman di Chogm Villa, Jalan Seri Legenda di sini, kira-kira jam 7.10 malam pada 15 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum maksimum lima tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee dan Alvin Lau.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan untuk mitigasi kes dan keputusan hukuman.

Sebelum ini, tertuduh sama turut berhadapan pendakwaan atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan di negara ini apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini