comscore
Tumpuan :
Nasional

10 kenderaan MPV hangus terbakar

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

JOHOR BAHRU: 10 buah kereta jenis MPV musnah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Sri Paya, Kawasan Perindustrian Dato Onn Larkin, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 5.01 pagi.

Pasukan bomba dari BBP Larkin dan BBP Tebrau digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan seluruh anggota seramai 21 orang bersama 2 jentera FRT, 1 jentera EMRS dan 2 Unit RIM.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Nazaruddin bin Yusof berkata, setibanya di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan 10 buah kereta pelbagai guna (MPV) yang diparkir di tempat penyimpanan kenderaan.

“3 Toyota Alphard, 2 Toyota Harrier musnah 95 peratus manakala 3 lagi Toyota Alphard, 1 Toyota Vellfire dan 1 Toyota Harrier musnah 10 peratus dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman tamat pada jam 6.55 pagi.

Loading...
Terkini