comscore
Tumpuan :
Nasional

10 NGO gagal hantar memorandum kepada pengurusan kilang pengedar stoking tertera nama Allah

BATU PAHAT: Sekumpulan 50 ahli yang mewakili 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di hadapan kilang yang mengedarkan stoking yang tertera kalimah Allah, di sini, petang ini.

Kumpulan berkenaan berhasrat menyerahkan memorandum kepada pihak pengurusan kilang berkenaan yang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading, dekat sini, namun gagal kerana kilang terbabit ditutup hari ini.

Difahamkan pengurusan kilang terbabit dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Semalam, polis Batu Pahat merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam pemeriksaan yang diketahui ketua polis daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Menurut wakil NGO Kasih Melayu Islam Bersaudara, Mohd Khan Mohd Salleh, kehadiran mereka bagi menyatakan mereka tidak menerima permohonan maaf dari pengurusan kilang berkenaan.

“Sebarang permohonan kami tak terima kerana ini isu bagi kami isu kalimah Allah kalimah suci yang paling tertinggi sekali dikalangan umat islam” jelasnya.

Bagi wakil NGO pejuang Nusantara Malaysia, Muhammad Firdaus Adnan pula berkata, mereka berhasrat menyerahkan memorandum berkenaan sebagai menjunjung kasih kebawah duli yang maha mulia tuanku yang murka. Lepas ni kita memberi amaran supaya perkara ni tidak berlaku lagi” tegasnya.

Perhimpunan berakhir 30 minit kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini