comscore
Tumpuan :
Baca Berita Challenge

10 pemenang #BacaBeritaChallengeTV3 bakal ke Sri Pentas 1 Julai

10 pemenang #BacaBeritaChallengeTV3 2023

PETALING JAYA: Selepas membuka saingan selama 23 hari bermula 1 Jun, cabaran #BacaBeritaChallengeTV3 melabuhkan tirai penyertaan pada Jumaat lalu dengan jumlah penyertaan rasmi mencecah hampir 500.

Cabaran yang dianjurkan Unit Berita Digital, Rangkaian Televisyen Media Prima itu adalah salah satu daripada acara utama sempena Sambutan Ulangtahun TV3 ke-39 tahun ini.

#BacaBeritaChallengeTV3 adalah cabaran media sosial yang memerlukan peserta menyampaikan berita secara berduet dengan penyampai-penyampai Buletin TV3 antaranya Pang Chinn Fei, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Raymond Goh dan Asrulnizam Kadir.

Cabaran ini mendapat sambutan hangat di pelbagai platform media sosial dan turut disertai selebriti-selebriti terkenal tanah air antaranya Zulin Aziz, Shiha Zikir dan pelakon Syafie Naswip.

Turut tidak ketinggalan menyertai cabaran ini ialah pempengaruh-pempengaruh ternama media sosial antaranya Sajad, Azfar Heri dan ramai lagi.

10 pemenang cabaran tersebut turut diumumkan menerusi siaran langsung di platform TikTok yang dikendalikan penyampai serba boleh Marsila Hassan dan Khairul Rizuan Azizan.

Semua pemenang bakal merasai pengalaman membaca berita secara profesional di Studio A, Sri Pentas pada 1 Julai ini.

Berikut senarai penuh pemenang #BacaBeritaChallengeTV3 2023:

@buletintv3♬ original sound – BuletinTV3

Loading...
Terkini