comscore
Tumpuan :
Nasional

11 lokasi sekitar Bandaraya Johor Bahru dilanda banjir kilat

JOHOR BAHRU: Hujan lebat kira-kira dua jam petang tadi menyebabkan 11 lokasi di sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam satu kenyataan memaklumkan,  banjir kilat menjejaskan 10 jalan dan sebuah kampung di bandar raya ini.

“Air mula naik sekitar jam 4.30 petang melibatkan Jalan Rosmerah Utama; Jalan Setia 10 dan Jalan Setia 11 di Setia Indah; Jalan Mutiara Emas Utama dan Jalan Mohd Amin 7,  Jalan Datin Halimah iaitu di Taman Merdeka; Jalan Skudai serta Jalan Tampoi; Jalan Dato’ Sulaiman; Jalan Harmonium 24 dan Kampung Ubi” katanya.

Berikutan itu MBJB mengerahkan pasukan khasnya, Skuad Kilat membantu  mengawal lalu lintas, mengalihkan halangan jalan, pokok tumbang, membersihkan saluran dan lubang air yang didapati tersumbat selain memberikan bantuan kepada orang awam sekiranya kenderaan tersadai atau terperangkap dalam banjir kilat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini