comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas dan remaja diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam banjir

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas dan seorang remaja diselamatkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta yang mereka naiki terperangkap dalam banjir di jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek dekat sini, sebentar tadi.

Menurut pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat Johor, 13 anggota bersama sebuah jentera dari balai bomba Johor Jaya dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 6.38 minit petang diketuai pegawai bomba kanan 1, Sufian Mohamed Lis.

Katanya, sebaik tiba dilokasi mendapati ada 2 mangsa terperangkap dalam kereta kerana jalan terbabit dinaiki air.

“Anggota telah bertindak membawa kedua-dua mangsa ke tempat yang selamat” katanya.

Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Loading...
Terkini