comscore
Tumpuan :
Nasional

11 nelayan asing positif dadah ditahan di perairan Mersing

Foto Ihsan Maritim Malaysia

MERSING: 11 orang nelayan asing ditahan selepas positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine ketika operasi di sekitar perairan Mersing, jam 11.35 malam, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, suspek berusia 22 hingga 43 tahun terdiri daripada tiga warga Indonesia, enam warga Laos dan dua warga Kemboja

“Suspek positif dadah hasil ujian saringan air kencing ketika OP JAKSA, OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di perairan Mersing.

“Mereka adalah kru dari tiga buah bot nelayan tempatan yang diperiksa.

Foto Ihsan Maritim Malaysia

“Semua suspek ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu sebanyak 20 buah bot nelayan tempatan berjaya diperiksa dan seramai 45 kru bot nelayan telah menjalani ujian saringan air kencing.

Suhaizan menegaskan, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini