comscore
Tumpuan :
Nasional

11 premis makanan kotor diarah tutup – JKN Johor

Perkakasan dapur yang terdapat di 11 premis yang kotor dan jijik diperiksa dalam Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih peringkat negeri Johor minggu lalu. Foto ihsan JKNJ.

JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 premis makanan kotor dan menjijikkan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu premis makanan bersih peringkat negeri Johor, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata operasi perintah itu dikeluarkan mengikut Perintah Penutupan Premis Makanan Tak Suci di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Katanya sebanyak 114 premis dan 130 notis kesalahan dikeluarkan sepanjang tempoh operasi bermula 24 April hingga jam 10.30 malam semalam.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut serta tidak mematuhi kehendak berkaitan tugas am tuan punya atau penghuni premis makanan dan tidak mendapatkan suntikan pelalian anti-tifoid, kursus latihan pengendali makanan, tempat penyimpanan makanan serta premis kotor.

Jelas Mohtar dalam operasi bersepadu itu, sebanyak 21 notis kesalahan dikeluarkan terhadap kesalahan merokok di kawasan larangan merokok di premis makanan.

“Kami berharap agar operasi bersepadu yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kebersihan diri dan premis makanan serta memberi kesedaran mengenai kesalahan merokok di semua kawasan larangan merokok khususnya di premis makanan dan tempat tumpuan awam,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini