comscore
Tumpuan :
Nasional

12 April kena ada semangat kerja – PM

PUTRAJAYA: “12 April ini kita kena ada semangat kerja,” demikian penjelasan diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan, bahawa tiada hari kelepasan am tambahan akan diberikan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April ini, yang jatuh pada hari Jumaat.

Datuk Seri Anwar ditemui selepas menghadiri Majlis Iftar Madani (MIM) di sini, hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, yang jatuh pada hari Rabu dan Khamis.

Pada tahun lalu, kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Loading...
Terkini