comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat diramal di seluruh Pulau Pinang, Melaka petang ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Melaka sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan cuaca sama diramal di Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah, hujan lebat dan ribut petir diramal di kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Perak membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Terengganu corak cuaca itu diramal berlaku di kawasan Dungun dan Kemaman; Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut.

Di Selangor, empat kawasan dijangka terlibat membabitkan Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Selain itu, cuaca sama diramal melanda Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala Johor dengan jumlah kawasan yang lebih luas membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Pontian dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu lagi, ramalan hujan lebat dan ribut petir turut diramal berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau) manakala di Sabah, hanya Sandakan diramal mengalami hujan lebat.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini