comscore
Tumpuan :
Nasional

12 projek ‘sakit’ dikenal pasti di seluruh negara – KKM

Dr Zaliha mendengar taklimat berhubung perkembangan pembinaan Hospital Papar dalam lawatan kerjanya di Papar.

Oleh Safwan Sawi

PAPAR: 12 projek pembinaan hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenal pasti sebagai projek ‘sakit’ termasuk tiga di Sabah.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, tiga projek sakit yang dikenal pasti itu ialah Hospital Papar, Hospital Beaufort dan juga Klinik Kesihatan Sikuati, Kudat.

“Kita telah kenal pasti projek berstatus projek sakit di seluruh negara ada sebanyak 12 projek dan di Sabah ada tiga projek yang dikategorikan sebagai projek sakit, selebihnya di Semenanjung dan Sarawak.

“Hospital Papar ini adalah projek lama yang kita kategorikan sebagai projek sakit yang telah diberi anugerah pada 2017 tetapi ada beberapa kekangan hasil daripada taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor sendiri,” katanya kepada media selepas lawatan di tapak projek Hospital Papar di sini, hari ini.

Hospital Papar mengalami kelewatan sebanyak 11.72 peratus iaitu kira-kira tiga bulan kelewatan.

Hospital Papar ujar Dr Zaliha mengalami kelewatan sebanyak 11.72 peratus iaitu kira-kira tiga bulan kelewatan, Hospital Beaufort sebanyak 45.9 peratus dengan kelewatan selama setahun enam bulan serta Klinik Kesihatan Sikuati sebanyak 37.12 peratus dengan kelewatan hampir sembilan bulan.

Jelas Dr Zaliha lagi dalam lawatannya itu turut melihat perkembangan pembinaan Hospital Papar yang kini telah berada pada tahap 62 peratus pembinaannya.

“Walaupun agak keterbelakang sedikit daripada jangkaan kita iaitu sebanyak 70 peratus tetapi kita telah lihat perkembangan dan akan terus menjalankan perbincangan serta pemantauan dengan KKM, JKR dan juga pihak kontraktor.

“Kita jangkakan, insya-ALLAH Mei ini akan ada perkembangan baharu bagi menyelesaikan mekanikal, elektrikal dan peralatan dan kita jangkakan hujung tahun hospital ini akan siap,” katanya.

Sehubungan itu projek yang menelan kos sehingga RM98.5 juta itu akan memanfaatkan kira-kira 100,000 penduduk di Papar dan sekitarnya.

Hospital Papar melibatkan pembinaan wad dengan pertambahan 84 katil yang merangkumi Wad Pediatrik, Wad Wanita dan Wad Lelaki serta perkhidmatan yang bakal disediakan ialah Kecemasan dan Trauma, Pengimejan (X-Ray), Farmasi Satelit, Dewan Pembedahan dan jabatan serta perkhidmatan lain yang berkaitan.

Loading...
Terkini