comscore
Tumpuan :
Nasional

12 pensyarah UPSI terpilih sertai Program Fellowships Australia 2023

Prof Dr David Evans (tengah) bersama penyelidik kumpulan penyelidik yang terpilih Program Fellowships Australia 2023 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Australia. – Foto: Ihsan UPSI

TANJUNG MALIM : Seramai 12 pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terpilih untuk menyertai Program Fellowships Australia 2023 sekali gus dianggap satu pengiktirafan terhadap universiti pendidikan ulung negara itu.

Naib Canselor Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata dengan pemilihan itu, mereka sekali gus menjadi peneraju untuk aktiviti selaras dengan visi dan misi Centre on Disability & Community Inclusion (CCDI) UPSI sebagai Pusat Rujuk Orang Kurang Upaya (OKU) Negara pada masa depan. 

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Menurut beliau anugerah berprestij Fellowships Australia 2023 tajaan kerajaan Australia melalui Department of Foreign Affair & Trade (DFAT) ini sudah memasuki siri yang ke-18 pada tahun 2023 dan ini adalah adalah kali pertama UPSI terpilih menyertainya. 

Melalui anugerah ini, disusun program yang diketuai oleh Prof Dr David Evans (University Sydney, Australia), manakala Dr Hasrul Hosshan mengetuai kumpulan penyelidik UPSI bersama 11 penyelidik lain iaitu Dr Masayu Dzainudin, Dr Iylia Dayana  Shamsudin, Dr Nurfarhana Diana  Mohd Nor,  Dr Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Dr Nik Muhammad Hanis Nek Rakami, Ts. Dr Mohd Ridhuan Mohd Jamil, Dr Mohd Syaubari Othman, Dr Mohd Muslim Md Zalli, Dr Nor Mashitah Mohd Radzi, Dr Vestly Kong Liang Soon serta Dr Mohd Fadhil Harfiez Abdul Muttalib. 

Selain itu Dr Rosmalily Mohd Salleh dari Bahagian  Pembangunan Kurikulum; Guru Cemerlang dan Pelajar Doktor Falsafah Pendidikan Khas UPSI, Siti Intan Farhana Mohd Fawzy, serta  Penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Trolak Selatan, Rosliah Ibrahim untuk meraikan OKU dalam komuniti.  

Dr Hasrul Hosshan berkata Program Fellowships ini bertajuk “Enhancing Partnerships Between Malaysia and Australia to Build Sustained Benefit for All”  berjalan untuk  tempoh antara 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2024 iaitu selama 16 bulan. 

Dalam tempoh itu, mereka akan menghasilkan artikel bersama ahli fellowships (satu artikel WOS) dengan beberapa ahli penyelidik pusat penyelidikan di Universiti Sydney membabitkan Centre for Disability Research and Policy,  Centre on Disability Studies, The South East Asia Centre serta Brain and Mind Centre.

 UPSI, katanya, menerima AUD414,000 (RM1,242,000) bagi menjayakan program itu.  

“Jumlah kewangan ini adalah untuk menampung kos aktiviti yang merangkumi elaun tiket penerbangan, elaun tempat tinggal, elaun sara diri, elaun yuran kursus dan elaun kesihatan sepanjang tempoh Program Fellowships, ” katanya.

Loading...
Terkini