comscore
Tumpuan :
Nasional

17 ditahan ingkar PKPP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 17 inidividu atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu 16 individu dikenakan kompaun kerana aktiviti dengan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial.

Katanya, seorang lagi yang ditahan dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Semalam Task Force Operasi Pematuhan membuat 69,981 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKPP.

“Sebanyak 3,531 pasukan pematuhan membuat pemantauan membabitkan seramai 16,003 anggota,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loading...
Terkini