comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 190 lokasi panas PRN dikenal pasti

KUALA LUMPUR: 190 lokasi dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, daripada jumlah itu, Selangor dikesan mempunyai jumlah 70 kawasan panas.

FOTO: NSTP

“Ia diikuti Terengganu dengan 66 kawasan; Kedah (20); Negeri Sembilan (16); Kelantan (16) dan Pulau Pinang (2).

“Berdasarkan statistik semasa, sebanyak 9.66 juta pengundi akan mengundi di 245 Dewan Undangan Negeri (DUN ) di enam negeri terbabit,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.

Pada majlis itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyumbang lima kerusi roda bagi kegunaan hospital berkenaan.

Mengulas lanjut, Acryl berkata, 93,833 anggota dan pegawai PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengundi awal pada PRN berkenaan.

“PDRM akan menjalankan operasi dinamakan sebagai Op PRN 6N bagi memfokuskan kepada keselamatan tempat pengundian, tempat penjumlahan undi dan pengundi yang hadir membuang undi,” katanya.

Loading...
Terkini