comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis terima lima laporan kes ugut bunuh Nik Elin

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

CHERAS: Lima laporan berhubung dakwaan ugutan bunuh terhadap peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam.

Ia susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, empat laporan diterima di Hartamas, manakala satu di Jinjang.

“Kita daripada Perlis sampailah Sabah semua ya. Negeri lain belum. Kita cuma 5.

“Tapi kita dalam polis dia bukan kira berapa bilangan ada je kita set up lah terutama kalau melibatkan nyawa polis takkan pandang enteng perkara ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya menjauhi perbuatan mengugut kerana hanya merugikan pelakunya.

Datuk Seri Saifuddin berkata demikian selepas meninjau kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, PGA di Cheras hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam sidang medianya, Datuk Seri Saifuddin memaklumkan, sebanyak 20 pos kawalan PGA di Selangor telah siap dinaik taraf mengikut jadual.

“Jadi saya dah sempat melihat sendiri bagaimana pos ini telah berjaya dinaik taraf dibawah PGA ini , ini PGA sendiri yang pilih kontraktor dan spec pembinaan baik pulih di buat oleh PPLT. Nilai RM45 juta jumlah semua pos PGA rekod saya 151 di seluruh negara.

Beliau juga berpuas hati dengan hasil baik pulih berkenaan termasuk dari segi kualiti dan keselesaan anggota terlibat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini