comscore
Tumpuan :
Nasional

22,871 pemegang akaun di Batu Pahat alami gangguan air

Kerja membaiki paip pecah di Kampung Parit Arshad bermula petang tadi. FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Seramai 22,871 pemegang akaun di enam kawasan di sini mengalami gangguan bekalan air susulan paip pecah dekat simpang Kampung Parit Arshad, Jalan Muar-Yong Peng, bermula hari ini.

Syarikat Air Johor (SAJ) Ranhill dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat adalah seluruh Parit Sulong, Tongkang Pechah, Putera Indah, Simpang Lima, Batu Putih dan Taman Industri Sri Sulong.

Katanya, gangguan bermula jam 2 petang disebabkan paip bersaiz 700 milimeter (mm) bocor.

“Ketika ini kerja membaik pulih paip itu giat dijalankan dan dijangka mengambil masa sekurang-kurang lapan jam,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, penduduk di kawasan terbabit memaklumkan mereka mengalami gangguan bekalan air sejak beberapa hari lalu.

Mohd Faizudin Salleh dari Parit Sulong berkata dia terpaksa menyimpan air bagi mengelak kesulitan terutama ketika menyambut Ramadan.

“Kadang-kala air hanya ada waktu pagi namun ketika petang, ia tiada langsung. Kami risau jika masalah ini berlarutan sehingga Syawal nanti seperti mana berlaku tahun sebelum ini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini