comscore
Tumpuan :
Nasional

24 pasukan pengamal media sertai pertandingan boling persahabatan anjuran Angkasa

PETALING JAYA: Seramai 72 peserta yang mewakili 24 pasukan daripada pelbagai agensi media, organisasi dan koperasi menyertai Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2024 di Sunway Megalanes, di sini semalam.

Pertandingan yang menjadi acara tahunan ANGKASA itu diadakan untuk menghargai peranan signifikan disumbangkan oleh rakan media dalam meningkatkan kesedaran umum mengenai usaha dan inisiatif oleh gerakan koperasi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara rakan media yang terlibat adalah BERNAMA, TV3, Sinar Harian, Karangkraf, RTM, TV9, Harian Metro,
New Straits Times dan Berita Harian.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, pihaknya sentiasa menghargai usaha media yang menjadi perantara ANGKASA dengan masyarakat.

Katanya, ANGKASA berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang.

Melalui aktiviti bersama dalam usaha menyebar luas maklumat mengenai koperasi sebagai wadah perjuangan ekonomi yang mapan kepada masyarakat dan negara.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai dan trofi untuk pemenang tempat pertama hingga ke-10 bagi kategori jatuhan pin terbanyak dan wang tunai untuk pemain terbaik (lelaki dan perempuan).

Pasukan daripada Astro Awani muncul sebagai johan manakala naib johan adalah pasukan Harian Metro dan tempat ketiga milik pasukan TV3.

Loading...
Terkini