comscore
Tumpuan :
Nasional

25 bazar Ramadan di Petaling Jaya laksana pembayaran ‘cashless’

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

PETALING JAYA: Sebanyak 25 bazar Ramadan di sekitar Petaling Jaya, Selangor bakal melaksanakan pembayaran tanpa tunai dalam transaksi penjualan mereka.

Usaha tersebut di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu selaras dengan tema Ramadan tahun ini iaitu “Smart and Green Bazar Ramadan”.

Ia sekaligus dapat mempermudahkan urusan jual beli dengan mudah dan cepat, dan meningkatkan penjualan oleh peniaga.

Pelaksanaannya di bawah “Program Jom Gunakan Transaksi Pembayaran tanpa Tunai @ Bazar Ramadan Petaling Jaya” bakal dilakukan bermula esok.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Azmir berkata, program tersebut sebagai usaha menyahut seruan kerajaan negeri dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Pada tahun ini bazar Ramadan MBPJ menggalak dan menyokong usaha berterusan pihak kerajaan negeri dalam Rancangan Selangor Pertama iaitu mendorong pembayaran secara tanpai tunai serta mencapai misi mengubah masyarakat menjadi masyarakat tanpa tunai,” katanya dalam sidang media di sini, baru-baru ini.

Pihaknya juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memudahkan pihak (MBPJ) mencapai matlamat program tersebut.

Selain itu, katanya pendedahan ke arah tanpa tunai dapat meningkatkan penggunaan e-dompet dalam kalangan penduduk di negara ini.

Walaupun pelaksanaan ‘cashless’ dilakukan, katanya pembayaran secara tunai juga masih lagi diterima oleh peniaga.

Sementara itu, Mohd Azhan turut memaklumkan sebanyak 1,497 petak niaga melibatkan 21 lokasi bazar ramadan disediakan (MBPJ).

“Pada tahun 2023 (MBPJ) telah menerima sebanyak 945 permohonan permit bazar ramadan dan telah pun dilesenkan berbanding pada tahun lalu iaitu sebanyak 660 permohonan.”

“Perbandingan permohonan di antara tahun 2022 dan 2023 menunjukkan terdapat peningkatan sebayak 43 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga telah meluluskan permohonan pengurusan masjid di Petaling Jaya yang ingin membuka 126 petak niaga melibatkan empat lokasi.

Antaranya Majis Al-Husna, Masjid Datuk Haji Kamaruddin, Seksyen 51 Kampung Baiduri dan PJS 8/12 Petaling Jaya.

Loading...
Terkini