comscore
Tumpuan :
Nasional

28 kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling alami gangguan bekalan air tidak berjadual

Foto hiasan

SHAH ALAM: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Petaling mengalami gangguan bekalan air susulan pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22 dekat sini hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 petang hari ini dan kerja pembaikan dijangka siap pada jam 4 pagi, esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepad pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.”

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi, pada Selasa.”

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” kata Air Selangor dalam kenyataan hari ini.

Antara kawasan yang dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air tidak berjadual adalah Bandar Putra Height; Seksyen 28; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 32 (Bukit Naga, Bukit Rimau, Jalan Bukit Rimau, Taman Desa Kemuning); Pinggiran Subang USJ 3: Seksyen 22 (Kampung Kebun Bunga); Seksyen 25 (Axis, Lembayung); Seksyen 33; Seksyen 26; Seksyen 26; Seksyen 27; Sekyen 34; Taman Sentosa dan Taman Subang Mas.

Kawasan lain termasuk Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 1 & 2; Taman Pinggiran USJ (Pinggiran USJ 3); Taman Perindustrian UEP -TP 7; USJ 3A; USJ 3B; USJ 3C; USJ 3D dan USJ Height.

Air Selangor memaklumkan pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas.

Keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Menurut Air Selangor, makluman lanjut perkembangan berkaitan insiden ini akan dibuat dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Selain itu, pengguna boleh merujuk melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https:// www.airselangor.com.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini