comscore
Tumpuan :
Nasional

28 PATI ditahan Imigresen Negeri Sembilan

Antara warga asing yang diperiksa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan. – Foto: Imigresen Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kedai runcit, restoran, rumah pekerja, kediaman dan beberapa lagi lokasi sekitar daerah ini, Nilai serta Kuala Pilah yang disyaki terdapat warga asing ‘digempur’ Jabatan Imigresen selama dua hari bermula Rabu lalu.

Sepanjang dua hari pemeriksaan yang dibuat hasil aduan orang awam serta risikan, jabatan terbabit memeriksa 122 warga asing sebelum menahan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, secara keseluruhan, pihaknya melakukan pemeriksaan di 12 lokasi sekitar Kuala Pilah, Nilai dan Seremban.

“Kami memeriksa 122 warga asing dan selepas dokumentasi, 28 daripada mereka ditahan membabitkan lima lelaki Indonesia, 11 lelaki Bangladesh, masing-masing lima lelaki dan wanita Myanmar, seorang lelaki warga India serta Pakistan,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lenggeng untuk tindakan lanjut kerana didapati melanggar Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963.

“Pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan rutin yang bertumpu di kawasan yang dilaporkan terdapat kehadiran warga asing walaupun dalam jumlah tidak ramai.

“Kami melakukan pemeriksaan di rumah kediaman, rumah pekerja kebun, restoran dan kedai runcit. Ini bagi memastikan PATI berasa tidak selamat meskipun berada di lokasi yang tidak dijangka ada pemeriksaan Imigresen,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini