comscore
Tumpuan :
Nasional

289 bakal jemaah haji B40 Wilayah Persekutuan terima insentif RM500

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Seramai 289 bakal jemaah haji tahun ini dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan akan menerima insentif sebanyak RM500.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju untuk memberikan insentif tersebut.

“Pemberian ini adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemberian insentif berkenaan adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban masyarakat selain dapat membantu jemaah haji terlibat.

Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia akan menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini dengan penerbangan pertama bermula pada 9 Mei lalu manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun ini.

Tahun ini, hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada Sabtu, 15 Jun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini