comscore
Tumpuan :
Nasional

3 lagi PPS dibuka di Johor, jumlah keseluruhan 7

PPS Dewan Muafakat Cahaya Baru.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan tujuh PPS beroperasi di negeri itu, setakat ini.

Tiga PPS yang baru dibuka ialah PPS Dewan Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru yang menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Dagang dan Lorong Mak Piah.

PPS Dewan Muafakat Cahaya Baru.

Selain itu, PPS SJKC New Kota, Kota Tinggi menempatkan mangsa dari Taman Aman dan Taman Mawai serta PPS Dewan Pasak Indah yang menempatkan sebahagian lagi mangsa dari Taman Aman dan Taman Mawai serta warga asing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa bagi ketiga-tiga PPS yang baru dibuka sedang dikemas kini.

Keadaan air di Sungai Kota Tinggi.

Pagi tadi empat PPS telah dibuka membabitkan tiga daerah iaitu Mersing, Kluang dan Johor Bahru.

Seramai 96 penduduk daripada 25 keluarga yang terjejas banjir dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air.

PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di Mersing, Dewan MPK Kahang di Kluang dan Dewan Muafakat Kampung Cahaya, Tiram, Johor Bahru.

PPS SK Air Papan dan SK Tenglu menempatkan 25 penduduk daripada 6 keluarga, manakala PPS Dewan MPK Kahang menempatkan 44 mangsa daripada 14 keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini