comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: 4 PPS dibuka di Johor

Keadaan banjir di kampung Aman, Kota Tinggi.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah iaitu Mersing, Kluang dan Johor Bahru bagi menempatkan 96 penduduk daripada 25 keluarga yang terjejas banjir.

PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di Mersing, Dewan MPK Kahang di Kluang dan Dewan Muafakat Kampung Cahaya, Tiram, Johor Bahru.

Keadaan paras air di sungai Mengkibol, Kluang.

PPS SK Air Papan dan SK Tenglu menempatkan 25 penduduk daripada 6 keluarga; PPS Dewan MPK Kahang menempatkan 44 mangsa daripada 14 keluarga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya, Tiram baru sahaja dibuka dan jumlah mangsa yang dipindahkan sedang dikemas kini.

Katanya, hingga jam 1 tengah hari, tiga kampung terputus hubungan jalan darat iaitu Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru-Endau di Mersing dan Jalan Batu Pahat-Jamaluang di Kluang.

Manakala Jalan Kota Tinggi ke Mersing serta Jalan Sri Perani dan Batu 25 hanya dibuka satu lorong.

Sungai Kahang berdekatan Kampung Contoh mencatat paras bahaya iaitu pada 14.50 meter.

Manakala paras air Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai menghampiri paras bahaya iaitu 17.94 meter,  berbanding paras bahaya 18.10 meter.

Sungai Muar, Sungai Ayer Hitam dan Sungai Skudai menunjukkan aliran meningkat.

Hingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini