comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Johor dalam keadaan berjaga-jaga susulan hujan lebat berterusan tahap buruk – MB

Keadaan banjir di Johor. FOTO: Ihsan JKR Johor

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Rakyat Johor diminta berwaspada susulan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di daerah Pontian dan Batu Pahat.

Justeru beliau berharap penduduk di negeri itu sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dan segera mengambil langkah perlu sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

Beliau berkata demikian dalam posting terbarunya di Facebook.

Sementara itu daerah Mersing, Kota Tinggi dan Kluang mula dilanda banjir awal pagi tadi.

Di Mersing, beberapa kawasan rendah termasuk Kampung Tenglu, Kampung Air Papan dan sekitar Endau telah dinaiki air jam 7 pagi tadi.

Laluan dari Mersing ke Endau berdekatan kebun durian dinaiki air sedalam 0.15 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah memaklumkan, jalan berkenaan hanya dibuka satu laluan untuk semua jenis kenderaan bermula jam 10 pagi tadi.

Katanya, Jalan Kluang ke Jamaluang di seksyen 126, jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula dari simpang Khalid jam 9.15 pagi tadi selepas air melimpah atas jalan.

Di Kota Tinggi, Jalan Batu 25 ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas air melimpah atas jalan.

Di Kluang, banjir turut melanda Kampung Contoh di Kahang.

Jalan dari Kahang menuju ke Mersing juga ditutup kepada semua jenis kenderaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini