comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 pelatih CCRC larikan diri lepas solat Subuh

 

HULU SELANGOR: Tiga pelatih Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Serendah, di sini bertindak melarikan diri selepas selesai menunaikan solat Subuh, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.45 pagi.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu tiada dalam baris dan dipercayai meninggalkan CCRC tanpa kebenaran ketua institusi.

“Siasatan mendapati pelatih merupakan warga tempatan berusia 44 hingga 53 tahun yang sedang menjalani proses pemulihan dadah.

Suspek dipercayai melarikan diri sebaik sahaja selepas selesai solat Subuh dengan memanjat tiang pagar ‘anticlimb’ yang disandarkan pada pagar berkawat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Faizal berkata, polis menyenarai hitam pelatih terbabit sehingga tangkapan dijalankan.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan bersalah.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil segera ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di talian 03-60641132 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Zulaikha Mohamed (03-60641222).

Loading...
Terkini