comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 3 sekeluarga maut kemalangan di Bukit Gambir

Oleh Zahir Senapiah.

TANGKAK: Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Corolla Altis dan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux di kilometer 13, Jalan Sengkang Teratai, Bukit Gambir dekat sini petang tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.20 petang tadi.

Akibat pertembungan itu tiga mangsa termasuk pemandu yang berumur 53 tahun dan dua penumpang wanita masing-masing berumur 52 dan 17 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Manakala 5 lagi mangsa cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, DSP Idris Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta) pengangkutan jalan 1987.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini