comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu kereta maut akibat serangan jantung

BUKIT GAMBIR: Seorang pemandu maut dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang memandu kereta di Jalan Sawah Ring menghala ke pekan ini, awal pagi tadi.

Kejadian menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas.

Empat lagi penumpang termasuk seorang kanak-kanak dipercayai ahli keluarga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan jam 1.36 minit pagi tadi.

Sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Pagoh diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, KUP Farid Mohd Sarjan dikejarkan ke lokasi.

Pegawai kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kemalangan masih disiasat.

Loading...
Terkini