comscore
Tumpuan :
Nasional

Bomba bertungkus lumus kawal kebakaran 30 hektar hutan tanah gambut

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Cuaca panas dan berpuasa bukan halangan anggota bomba memadam dan mengawal kebakaran 30 hektar hutan tanah gambut di kawasan Jabatan Pertanian di Inderapura, dekat sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima laporan kebakaran hutan itu pada jam 11:35 pagi, semalam.

Menurutnya, susulan itu 21 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dan Kuantan diketuai Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali, dikerah ke lokasi kejadian untuk madam kebakaran.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan sejak pagi semalam dan berterusan hingga kini.

“Usaha memadam kebakaran itu perlu dilakukan dan jika dibiarkan boleh memberi kesan buruk kepada pencemaran udara serta menjejaskan tahap kesihatan orang ramai,”

“Memang tugas memadam api itu pada bulan puasa ini agak mencabar, malah anggota terbabit juga berhadapan cuaca panas disebabkan musim kemarau serta bahang kebakaran hutan,”

“Setakat ini 20 hektar kawasan hutan terbakar sudah dipadamkan.”  katanya ketika dihubungi BULETIN TV3.

Zulfadli berkata, pada malam ini operasi memadamkan 10 hektar kawasan hutan terbakar sedang diteruskan.

Menurutnya, tindakan itu, perlu dilakukan bagi menyekat kemerebakan api ke kawasan hutan tanah gambut dengan anggaran keluasan 200 hektar.

Katanya, punca kebakaran belum dapat dipastikan.

Loading...
Terkini