comscore
Tumpuan :
Bencana

30 rumah penduduk terjejas akibat ribut

Anggota APM Sik melakukan operasi membersihkan kawasan rumah yang terjejas akibat ribut di daerah Sik. – FOTO: APM

SIK: Sebanyak 30 rumah penduduk di dua kampung di daerah ini, iaitu Kampung Berona Kanan dan Kampung Berona Kiri terjejas akibat ribut dan hujan lebat, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, ribut itu dilaporkan berlaku pada 4.45 petang.

Beliau berkata, angin kencang di Mukim Jeneri itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan menimpa beberapa rumah serta menghalang lalu lintas.

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik menerima laporan berhubung kejadian bencana ribut itu pada 5.02 petang.

“Tindakan diambil oleh anggota APM adalah dengan membersihkan pokok tumbang serta membantu membersihkan pokok tumbang di sekitar kawasan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Haisul Aishah berkata, daripada jumlah itu, 10 daripada rumah berkenaan kritikal (rosak), manakala 20 rumah lagi separa kritikal.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Loading...
Terkini