comscore
Tumpuan :
Nasional

324 kes baharu COVID-19, tiada kematian dilaporkan semalam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jangkitan baru COVID-19 dalam negara mencatat angka 324 semalam.

Menurut laporan portal KKMNOW, tiada kes kematian dilaporkan semalam. Ini bermakna situasi sifar kematian sudah berlanjutan untuk tiga hari berturut-turut.

Daripada jumlah 324 jangkitan baru, 4 daripadanya adalah kes import.

Kes aktif COVID-19 yang dilaporkan semalam bagaimanapun melepasi 10,000 kes selepas pertambahan 176 kes kepada 10,073 kes.

Daripada jumlah itu, 9,653 atau 95.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dengan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC.

408 pesakit masih lagi mendapatkan rawatan di hospital, dengan 6 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, ICU manakala 6 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 148 kes sembuh dicatatkan semalam.

Loading...
Terkini