comscore
Tumpuan :
Nasional

3,548 notis kesalahan dikeluarkan JPJ sepanjang Ramadan

FOTO: Ihsan JPJ

SEREMBAN: Anggapan pengguna jalan raya bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan menjalankan operasi sepanjang Ramadan meleset sama sekali.

Ini terbukti apabila sepanjang Ramadan ini yang bermula 23 Mac lalu, JPJ Negeri Sembilan sudah mengeluarkan sebanyak 3,548 notis atas pelbagai kesalahan menerusi pelbagai operasi sama ada pada siang atau malam hari.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sehingga 6 April lalu, sebanyak 7,789 kenderaan diperiksa dan 1,847 buah daripadanya sudah diambil tindakan.

“Sebanyak 1,083 motosikal, 852 kereta, 45 kenderaan perkhimatan awam, 1,372 kenderaan barangan dan 196 lain-lain kenderaan diperiksa dalam pelbagai operasi yang dijalankan JPJ sejak 1 Ramadan lalu.

“Kesalahan paling banyak dikesan adalah membabitkan perlesenan pemandu iaitu sebanyak 1,144 notis diikuti kesalahan perlesenan kenderaan (974) dan kesalahan teknikal (494),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah notis berkenaan, 2,970 daripadanya adalah notis saman JPJ(P) 22, 160 notis arah periksa, 172 notis S82(1) APAD dan selebihnya lain-lain notis.

Jelas beliau, cuaca tidak menentu pada Ramadan kali ini memberi cabaran kepada petugasnya dalam menjalankan operasi, namun operasi tetap dijalankan seperti hari biasa.

“Jika ada yang berpendapat JPJ akan berehat atau tidak melaksanakan operasi pada Ramadan, mereka silap.

“Tindakan tegas ini adalah bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa peka dan patuh kepada peraturan jalan raya yang dikuatkuaskan.

“Pengguna jalan raya hendaklah sentiasa membuatpertimbangan dan keputusan yang bijak ketika di jalan raya serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memberi keselesaan kepada penggunajalan raya lain,” katanya.

Loading...
Terkini