comscore
Tumpuan :
Nasional

4 bengkel di Sepang dikenakan kompaun kerana tidak menjaga kebersihan

Foto: Majlis Perbandaran Sepang/Facebook

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap bengkel yang melakukan pencemaran alam sekitar.

Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang telah mula melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan kepada bengkel kenderaan di daerah Sepang bagi memastikan tiada sebarang pelepasan sisa effluen yang terdiri daripada bahan buangan terjadual seperti minyak hidraulik, minyak hitam terpakai dan lain-lain daripada memasuki longkang awam.

Hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan pada 23 Januari lalu, terdapat 4 buah bengkel di sekitar kawasan Kampung Baru, Sungai Pelek, Meranti Permai, dan Putra Perdana telah dikenakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan, dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Sepang) 2007.

Foto: Majlis Perbandaran Sepang/Facebook

“Kesalahan adalah tidak menyediakan tong sampah di premis, kesalahan membuang sisa industri atau buangan perdagangan di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis, menyebabkan pelepasan effluen yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling”, menurut MPSepang dalam kenyataan di Facebook.

Tindakan dilaksanakan setelah pemantauan dan teguran secara notis bertulis telah dijalankan bermula tahun 2023, dan pemilik bengkel telah diberikan tempoh bersesuaian yang secukupnya.

Foto: Majlis Perbandaran Sepang/Facebook

“Kadar kompaun maksima bagi semua kesalahan adalah RM1000.

“Tindakan ini adalah penting bagi memastikan pemilik premis bengkel mengurus sisa pepejal industri atau dagangan dengan baik dan tiada sebarang effluen bahan buangan terjadual dilepaskan ke longkang awam yang akan menyebabkan pencemaran alam sekitar”, jelasnya.

Loading...
Terkini