comscore
Tumpuan :
Nasional

4 KSU bertukar kementerian berkuat kuasa esok

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan pusingan kerja dan pelantikan baharu beberapa pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa esok.

Pengumuman itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi pengumuman itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang ditukarkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Seri Isham Ishak yang kini menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, akan bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof pula, akan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan.

Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim, ditukarkan ke Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Pengarah.

Sementara Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Hairil Yahri Yaacob, dilantik sebagai Ketua Setiausaha baharu kementerian berkenaan.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian serta agensi dalam menjayakan agenda Malaysia Madani,” kata beliau.

Loading...
Terkini