comscore
Tumpuan :
Nasional

Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat JPM dilancar

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. – Foto: Ihsan Ketua Setiausaha Negara/ Facebook

PUTRAJAYA: Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam peringkat Jabatan Perdana Menteri dilancarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, hari ini.

Mohd Zuki dalam catatan di laman Facebook miliknya berkata, tabung itu dilancarkan bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

“Saya berharap agar sumbangan dari penjawat awam ini dapat membantu untuk mencapai objektif kutipan rakyat Malaysia yang disasarkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sejumlah RM100 juta,” katanya.

 

Pada 19 Oktober lalu, Anwar dilaporkan berkata kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar telah berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini dengan kerajaan telah menyumbang RM10 juta dana awal tabung itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang membabitkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua pihak.– BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini