comscore
Tumpuan :
Nasional

400 kilogram al-Quran dan ayat suci rosak dikutip setiap hari

Longgokan ayat suci terkesan bah di jemur untuk proses pengeringan sebelum di bakar dalam relau khas. – FOTO: NSTP

SEGAMAT: 400 kilogram al-Quran dan ayat suci rosak dikutip setiap hari sewaktu pasca banjir yang berlaku di daerah ini sejak 1 Mac lalu, kata Aishah Kassim, Sukarelawan Pusat Pelupusan Ayat Suci Masjid Taman Yayasan.

“Ada banyak lagi kediaman, masjid, pusat tahfiz dan surau yang masih mempunyai ayat suci rosak.

“Di peringkat pengurusan pusat pelupusan, kita akan meminta bantuan sukarelawan daripada pelbagai pihak kerana tenaga kerja yang ada tidak mencukupi.

“Proses di pusat pelupusan al-Quran kali ini mungkin memakan masa beberapa hari kerana jumlah yang banyak,” katanya ketika ditemui semalam.

Aishah berkata, pihaknya melaksanakan mobilasi sumber perkhidmatan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masalah longgokan ayat suci pasca banjir terutama di Segamat, Labis dan Chaah.

Bantuan daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digunakan bagi menambah jumlah tenaga kerja kutipan kepada 400 kilogram sehari berbanding 90 kilogram sebelumnya.

Pada awal Januari, lalu sebanyak 200 kilogram al-Quran dan kitab suci yang rosak ekoran bencana banjir turut dilupuskan di pusat berkenaan. — HARIAN METRO

Loading...
Terkini