comscore
Tumpuan :
Nasional

Suspek ugut wanita didakwa penyebab ‘pesta gelek’ batal, ditahan polis

Foto tular

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mengugut wanita yang didakwanya menjadi punca pembatalan pesta makan yang bertukar menjadi pesta gelek, di Simpang Renggam, baru-baru ini.

Suspek berusia 49 itu ditangkap di Pekan Jabi, Segamat, 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek bukan penganjur dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti peranan suspek sama ada sebagai peniaga ataupun samseng upahan.

“Polis menerima laporan daripada seorang perempuan yang diugut melalui panggilan telefon oleh seorang lelaki tidak dikenali.

“Suspek mengatakan pengadu menjadi punca pembatalan karnival yang dibuat dengan memuat naik satu video yang telah menjadi tular di aplikasi media sosial.

“Berikutan laporan tersebut, pada 2.15 petang sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat membuat tangkapan ke atas suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Negeri Johor.

Terdahulu, media melaporkan peniaga Jelajah Makan Johor bengang dengan tindakan penganjur yang membiarkan ‘aksi gelek’ mencemari karnival itu sehingga ia dibatalkan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini