comscore
Tumpuan :
Nasional

43 rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket Macau Scam dan dipercayai dilarikan sehingga ke Peru diselamatkan polis negara itu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua mangsa dipercayai mangsa penyeludupan manusia diselamatkan dalam serbuan di Lima, kelmarin.

“Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Republik Peru mengadakan satu serbuan di rumah di La Molina, di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia terbabit sudah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysiadi Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik,” katanya.

Kesemua 43 mangsa telah selesai menjalani proses siasatan dan dijangka dihantar pulang dalam masa terdekat.

“Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Lima di talian +51-1-422-0297, +51-1-441-1939, +51-1-441-0795 atau emel [email protected],”katanya.

Loading...
Terkini