comscore
Tumpuan :
Nasional

476 penduduk di Sarawak masih huni 4 PPS

KUCHING: Seramai 476 penduduk masih menghuni empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak hari ini dengan 17 daripada lima keluarga adalah mangsa ribut di Bintulu.

Jumlah mangsa ribut yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Assyakirin, Bintulu itu berkurangan berbanding 27 orang daripada lapan keluarga semalam.

PPS Balai Raya Kampung Assyakirin itu dibuka sejak 4 petang Khamis lalu bagi menempatkan mangsa ribut yang mengalami kerosakan rumah di Iris Garden dan Pine Court, Bintulu.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga PPS di Tatau, Bintulu dan di Debak, Betong pula seramai 459 orang, meningkat berbanding 414 orang semalam.

Ia membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Muput yang mempunyai 55 mangsa dari Rumah Panjang Steven, Tatau di Bintulu dan PPS Dewan Millenia Debak yang menempatkan 141 mangsa dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.

Sementara itu penghuni PPS Dewan Perpaduan Debak yang turut menempatkan mangsa banjir di Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu pula meningkat 263 orang daripada 81 keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini