comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir Sarawak: 169 mangsa masih ditempatkan di PPS

 

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuching, Bau dan Siburan mencatatkan penurunan kepada 169 mangsa daripada 50 berbanding 282 mangsa dari 67 keluarga pada 7.00 pagi tadi.

Menurut, Sekatariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sehingga jam 12.30 tengahari tadi, lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terbabit.

Daripada jumlah itu, tiga PPS dibuka di daerah Kuching iaitu PPS Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya menempatkan 20 mangsa, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hwa Batu Kawa menempatkan 80 mangsa dan PPS Dewan Serba Guna Batu Kitang Jaya menempatkan 22 mangsa.

Di Bau, setakat jam 12.30 tegahari tadi satu daripada PPS telah ditutup iaitu PPS Balai Raya Kampung Opar yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga manakala PPS Dewan Datuk Seri Mohammad Hamdan, Balai Bomba Bau masih menempatkan 20 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu di Siburan, PPS Dewan Kampung Mundai pula menempatkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga.

Banjir melanda beberapa Kawasan di Kuching, Bau dan Siburan susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Loading...
Terkini