comscore
Tumpuan :
Nasional

6 kereta rosak dihempap pokok tumbang

Oleh :Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU : Sekurang-kurangnya 6 buah kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut sekitar bandaraya Johor Bahru, (MBJB) petang tadi.

Kejadian dilaporkan bermula jam 4 petang disusuli angin kencang serta banjir kilat.

Antara lokasi terlibat termasuklah Jalan Tebrau dan Jalan Khalid Abdullah, Jalan Ayer Molek, Taman Pelangi dan sekitar bandar Johor Bahru.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, satu pasukan 6 anggota dan pegawai dari balai Larkin bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.

Katanya, sebatang pokok hampir 3 meter tumbang dan menghalang laluan.

Anggota telah membersihkan sisa pokok yang tumbang dan laluan dibuka kembali jam 5.48 petang tadi.

Hingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa ribut.

Loading...
Terkini