comscore
Tumpuan :
Nasional

9 kawasan alami cuaca panas Tahap 1

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh lokasi di Semenanjung Malaysia mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) dengan catatan suhu maksimum sekitar 35 hingga 37 darjah Celsius, hari ini.

Di Sabah dan Sarawak pula, Beaufort dan Nabawan juga mencatatkan amaran cuaca panas Tahap 1 dengan suhu maksimum yang sama.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini, menasihatkan agar penduduk berwaspada dengan menghadkan aktiviti luar dan mengamalkan pengambilan air mencukupi.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, keadaan hujan yang berlaku ketika ini di semua kawasan di Semenanjung Malaysia dijangka berlarutan sehingga awal malam nanti.

“Bagi tinjauan cuaca semasa, hujan lebat sedang berlaku melibatkan di semua kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di pedalaman dan Pantai Barat Semenanjung.

“Keadaan hujan yang berlaku ketika ini dijangka boleh berlanjutan sehingga awal malam nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Sabah dan Sarawak, hujan sedang berlaku di beberapa tempat termasuk Sandakan, pantai barat dan pedalaman di Sabah termasuk di sekitar bahagian Limbang, Kapit, Bintulu, Mukah, Sibu dan Kuching.

Loading...
Terkini