comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan

FOTO: SULTAN IBRAHIM / Facebook

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di sini.

KPN dalam kenyataan memaklumkan majlis bertemakan “Perpaduan Melalui Perayaan” itu diadakan sebagai platform warga KPN, jabatan dan agensi berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni bagi meraikan perayaan Aidilfitri.

Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang selaku tuan rumah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Menurut kenyataan itu, kehadiran Sultan Ibrahim dan pemimpin tertinggi negara ini adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap KPN dalam usahanya memartabatkan agenda perpaduan di negara ini serta kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Pada majlis bermula jam 12 tengah hari hingga jam 2.30 petang itu, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira satu jam bagi menikmati hidangan selain beramah mesra dengan tetamu yang hadir.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini