comscore
Tumpuan :
Nasional

Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga, disiplin dalam kawalan kendiri hadapi COVID-19

Foto: Istana Negara/ Facebook

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA : Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dalam kenyataan berkata, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya berdisiplin dalam kawalan kendiri.

Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat khususnya golongan rentan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup.

Selain itu, menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman.

Yang Dipertuan Agong menasihati individu bergejala disaran mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang sebagai langkah pencegahan dan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa menyebabkan kes COVID-19 akan terus meningkat.

Ia susulan musim percutian sekolah pada ketika ini yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan, KKM, menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis memantau rapi kes jangkitan virus itu di seluruh negara dan mengeluarkan kenyataan, cadangan serta arahan berkaitan, bergantung kepada situasi semasa.

Sehubungan itu,  Datuk Zahari berkata, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkenaan kes COVID-19 di dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.

Loading...
Terkini