comscore
Tumpuan :
Nasional

PM akan umum senarai Timbalan Menteri 8:15 malam ini

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan senarai barisan Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan akan diumumkan malam ini.

Beliau akan menghadap Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah di Istana Negara petang ini.

“Setakat ini, kita bersama rakan-rakan yang konsisten dengan pejuang dan reformasi.

“Insya-Allah segala kebaikan dan keputusan adalah demi kesejahteraan negara.

“Insya-Allah jam 8.15 malam bakal diumumkan nama-nama Timbalan Menteri,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 selepas menunaikan solat Jumaat di MAsjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Terdahulu, beliau menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat Kampung Baru seusai makan tengah hari berhampiran masjid berkenaan.

Beliau menikmati hidangan bersama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani di sebuah restoran di Kampung Baru.

Loading...
Terkini