comscore
Tumpuan :
Nasional

Akaun WhatsApp Muhyiddin digodam scammer

Mantan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- Foto fail

KUALA LUMPUR: Akaun aplikasi WhatsApp bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digodam sejak tengah hari tadi.

Pejabat mantan Perdana Menteri ke lapan itu dalam satu kenyataan memaklumkan satu laporan polis akan dibuat berkait insiden itu.

“Akaun WhatsApp Tan Sri Muhyiddin Yassin digodam dari jam 12 tengah hari tadi.”

“Mohon kepada mereka yang menerima mesej selepas waktu berkenaan untuk tidak melayan dan mengendahkan mesej dipercayai scammer,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi Muhyiddin hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara itu dan pihak Tan Sri Muhyiddin sedang berusaha untuk mengaktifkan semula akaun WhatsApp beliau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini